Skip to main content

Posts

Featured Post

Jangan Biarkan Anak Anda Demam Panas! Jika tidak, Anda Mengundang Padah!

Tidak dinafikan, melihat anak terkena sawan demam adalah diantara pengalaman hidup yang memeranjatkan bagi kebanyakan ibu bapa. Mata terbeliak dan mulut kelihatan biru, kaki mengeras dan menjadi kejang. Ini adalah diantara tanda-tanda yang mungkin dapat dilihat ketika anak terkena sawan demam. Apakah  sawan demam? Sawan demam sebenarnya bukanlah suatu penyakit yang khusus. Ia adalah satu keadaan apabila seseorang kanak-kanak mengalami sawan kerana kenaikkan suhu badan atau demam yang bukandisebabkan oleh penyakit/jangkitan di dalam otak atauketidakseimbangan metabolik. Jadi, sawan demam tidak sama dengan penyakit sawan atau epilepsy. Istilah “demam sawan” juga digunakan oleh sebahagian doktor. Siapa yang boleh mengalaiminya? Kanak-kanak berusia 3 bulan sehingga 6 tahun secara teorinya boleh mengalami sawan demam. Tetapi lazimnya sawan demam lebih kerap berlaku kepada kanak-kanak yang berumur 6 bulan sehingga 5 tahun. Apakah yang patut dilakukan apabila melihat anak sawan? Jangan pa...
Recent posts

Anda pasti tidak akan membiarkan anak anda bermain gajet terlalu lama selepas membaca artikel ini

Pernahkah anda perhatikan berapa lama anak anda menghabiskan masa bermain telefon pintar / tablet berbanding berlari atau menggunakan imaginasinya untuk bermain? Anda pasti melihat senario di kedai-kedai makan atau pasaraya pabila sang anak mengamuk maka disuapkan kepadanya bukan makanan jasmani tetapi imaginasi sintetik melalui gajet-gajet untuk mendiamkan anak mereka. Sangat biasa di kala ini bukan? Pernahkah anda bertanya anak anda, yang mana lebih seronok, bersiar-siar di taman atau bermain permainan komputer? Ya para ibubapa sekalian. Generasi Z selepas ini sedang menerima wabak penyakit baru berkaitan dengan teknologi. Apakah wabak itu? Kita bersama En. Jonathan Goh seorang ahli fisioterapi yang kini mengetuai unit fisioterapi di sebuah klinik swasta untuk menjelaskan apakah wabak yang sedang menimpa generasi Z pada masa kini. Suatu wabak sedang melanda negara kita. Suatu penyakit yang mula pada usia muda dan ia melibatkan perkembangan tulang belakang serta berpotensi untuk menga...

APA YANG PARA IBU DAN BAPA PERLU TAHU TENTANG BAYI KUNING/JAUNDIS ?

Bayi kuning adalah perkara biasa yang sering berlaku kepada bayi yang baru lahir. Ianya berpunca daripada pelbagai faktor. Kondisi ini umumnya tidak berbahaya dan biasanya dapat pulih dengan sendirinya. Namun, kekuningan pada bayi yang melebihi paras normal boleh membawa stress kepada pasangan yang baru menimang cahaya mata. Sudahlah baru lepas bertarung nyawa melahirkan anak, kemudian diuji pula dengan anak kuning. Terpaksa si ayah dan kadang kala si ibu berulang alik ke klinik kesihatan memeriksa tahap kuning. Lebih parah, bila si kecil terpaksa pula masuk ke hospital untuk rawatan lanjut bersama ibunya. Mungkin dengan memahami penyakit kuning ini dapat membantu pasangan bersedia mental dan fizikal menghadapi ujian tersebut. ===== APA ITU BAYI KUNING DAN ADAKAH SEMUA BAYI AKAN MENDAPAT KUNING SELEPAS LAHIR? ===== Jaundis adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit yang disebabkan oleh peningkatan kadar bilirubin di dalam darah. Jaundis pada bayi adalah jaundis yang berlaku dala...

4 Tips Membantu Ibu Hamil Untuk Berpuasa Dengan Bertenaga

Buat wanita atau ibu di luar sana, yang sedang hamil pada masa kini, dan tidak tahu bagaimana untuk memastikan diri kekal bertenaga, agar boleh berpuasa penuh di bulan puasa, Dr Muhammad Izzat telah kongsikan beberapa tips yang boleh diamalkan. Mari kita ikuti perkongsian daripada beliau. ===== Tips-tips mengekalkan kesihatan unggul bagi wanita hamil yang ingin berpuasa pada bulan Ramadhan Bertuahnya puan saat ini,” kata seorang doktor kepada pesakit wanita yang sedang diperiksanya. “Kenapa doktor?” balasnya menyoal dengan penuh rasa ingin tahu. “Sekarang Ramadhan. Puan pula hamil pada bulan yang banyak kelebihannya ini. Ia kesempatan yang amat baik mendidik anak puan dari dalam kandungan untuk mengenal penciptaNya. Puan sangat lah bertuah!,” jelas doktor. Maka, tidak hairanlah, meskipun sedang hamil atau menyusukan bayi, dalam masa yang sama ibu-ibu tetap ingin melaksanakan kewajipan berpuasa. Mereka ingin meraih keistimewaan Ramadhan untuk membanyakkan ibadah seperti membaca al-Quran...

5 Panduan Penting Buat Ibu Hamil Sebelum Menempuh Perjalanan Jauh atau Percutian Panjang

Melihat sambutan yang menggalakkan pada post “Terberanak Selepas Perjalanan Pulang Beraya” maka saya kongsikan panduan penting buat ibu hamil yang ingin pulang beraya. Sebelum itu, saya telah menerima pelbagai soalan daripada netizen berkenaan kesesuaian mereka menempuh perjalanan jauh semasa sedang hamil. Panduan ini melibatkan dua komponen iaitu panduan umum dan panduan khusus. ===== #1 Panduan Umum ===== Sebelum memulakan perjalanan: Waktu terbaik untuk ibu hamil merancang perjalanan jauh adalah pada fasa kedua kehamilan antara 14 – 28 minggu. Sekiranya ibu dan bayi dalam kandungan sihat maka anda dibenarkan sehingga 36 minggu untuk menempuh perjalanan jauh. Kebanyakkan masalah kandungan berlaku pada fasa pertama dan fasa ketiga kehamilan. Ibu hamil yang berisiko tinggi dan tidak digalakkan menempuh perjalanan jauh adalah: Ibu yang mempunyai masalah darah tinggi tidak terkawal. Ibu hamil yang mempunyai masalah ‘Preeclampsia’ atau ‘Hampir Sawan’. Ibu hamil yang pecah air ketuban pra ...

Mengapa wanita perlu ada pendidikan dan wang serta kaitannya dengan masalah makanan (food insecurity)?

Fakta: 80% makanan di dunia dihasilkan oleh wanita tetapi para wanita mempunyai banyak masalah berbanding lelaki untuk mendapatkan tanah, membuat pinjaman, mendapatkan teknologi pertanian dan khidmat nasihat daripada organisasi. Apa kaitan antara bekalan makanan dan wanita? Sebelum itu perlu difahami bahawa definisi masalah kekurangan/tiada bekalan makanan (Food Insecurity) adalah tiada akses kepada makanan atau tiada akses kepada makanan berkualiti. 1. Semua faham apabila kita mempunyai masalah stok makanan maka kita berisiko mengalami masalah nutrisi dan wanita lebih berisiko mengalami masalah tersebut berbanding lelaki (Tarasuk & Beaton 1999). 2. Secara umumnya apabila kita kekurangan bekalan makanan maka kita kurang makan dan pastinya berat badan kita menurun / rendah. Namun sebaliknya berlaku kepada kaum Hawa yang mempunyai masalah kekurangan bekalan makanan di rumah. Kajian di Amerika oleh Countries Survey of Food Intake by Individual 1994-1996 mendapati wanita yang mempunyai...

7 Tips Untuk Menjadi Tinggi Secara Natural

Terdapat lambakan produk supplemen untuk menambah ketinggian bagi orang dewasa di pasaran pada hari ini. Apa yang pasti, kebanyakkan produk tersebut hanya menawarkan testimoni dan dipromosikan oleh selebriti tanpa bukti jelas keberkesanan produk tersebut. Namun ingin saya nyatakan di sini bahawa jika anda sudah mencapai usia dewasa, ketinggian TIDAK akan berlaku lagi. Apatah lagi pelbagai scammer mendakwa produk mereka boleh menambahkan ketinggian antara 2cm ke 15 cm. Akan tetapi, sekiranya anda masih muda remaja atau mempunyai anak-anak yang sedang membesar, hah mari saya kongsikan beberapa tips untuk mempercepatkan proses menambah ketinggian anda atau anak anda. ===== 1. Ambil Diet Makanan Yang Seimbang ===== Diet pemakananan yang seimbang akan membuat anda menjadi lebih tinggi dan berasa lebih baik. Apakah diet yang sesuai untuk tumbesaran tulang? Banyakkan pengambilan protein tanpa lemak. Protein seperti beans, kacang soya, dan kekacang dapat membantu meningkatkan pertumbuhan otot ...