Skip to main content

Mengapa wanita perlu ada pendidikan dan wang serta kaitannya dengan masalah makanan (food insecurity)?


Fakta: 80% makanan di dunia dihasilkan oleh wanita tetapi para wanita mempunyai banyak masalah berbanding lelaki untuk mendapatkan tanah, membuat pinjaman, mendapatkan teknologi pertanian dan khidmat nasihat daripada organisasi.

Apa kaitan antara bekalan makanan dan wanita?

Sebelum itu perlu difahami bahawa definisi masalah kekurangan/tiada bekalan makanan (Food Insecurity) adalah tiada akses kepada makanan atau tiada akses kepada makanan berkualiti.

1. Semua faham apabila kita mempunyai masalah stok makanan maka kita berisiko mengalami masalah nutrisi dan wanita lebih berisiko mengalami masalah tersebut berbanding lelaki (Tarasuk & Beaton 1999).

2. Secara umumnya apabila kita kekurangan bekalan makanan maka kita kurang makan dan pastinya berat badan kita menurun / rendah. Namun sebaliknya berlaku kepada kaum Hawa yang mempunyai masalah kekurangan bekalan makanan di rumah.

Kajian di Amerika oleh Countries Survey of Food Intake by Individual 1994-1996 mendapati wanita yang mempunyai masalah kekurangan bekalan makanan berisiko mendapat KEGEMUKAN.

3. Kesan masalah kekurangan bekalan makanan kepada wanita juga akan memberi kesan kepada mereka samada semasa mengandung atau kepada bayi di dalam kandungannya.

Wanita tersebut berisiko mendapat masalah kencing manis dan kegemukan manakala bayi mereka berisiko mendapat kecacatan kekal dan berat badan yang rendah.

4. Kesan masalah kekurangan bekalan makanan kepada wanita juga akan menyebabkan mereka terpaksa men’jual’ tubuh badan untuk menampung kos membeli makanan seterusnya meningkatkan kes HIV dan Penyakit Kelamin. Ini dibuktikan oleh kajian Weiser (2007) di Bostwana dan Swaziland.

5. Mereka juga terdedah kepada pelbagai ancaman masalah mental seperti depresi, ketakutan (anxiety) (Whitetaker et al, 2006), masalah keganasan domestik. (serangan seksual etc) dan diskriminasi sosial.

6. Kajian oleh Sharif dan Khor (2005) di Malaysia mendapati punca masalah bekalan makanan di kalangan wanita luar bandar adalah faktor pendidikan (tidak berpendidikan / pendidikan peringkat rendah sahaja), faktor pendapatan (tiada gaji/gaji rendah), mempunyai bilangan anak yang ramai.

Surirumah yang mempunyai 3 faktor tersebut turut berisiko mempunyai masalah kekurangan makanan di rumah dan berisiko tinggi mendapat kesan atau komplikasi masalah kekurangan makanan.

7. Oleh itu, amat penting para wanita diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan sehingga peringkat tinggi dan mempunyai sumber pendapatan yang stabil dan lebih daripada paras kemiskinan.

8. Ini kerana wanita yang mempunyai pendidikan dan pendapatan yang bagus akan menjamin kelestarian sumber makanan di dalam rumahtangganya serta memberikan makanan yang terbaik buat ahli keluarganya. (Louise and Kimberly, 2011).

9. Makanan yang mencukupi (food security) untuk sebuah keluarga memberi kesan positif kepada tubuh badan, mental, daya pemikiran, emosi, kesihatan dan masa depan yang cerah kepada keluarga serta negara secara amnya.

Popular posts from this blog

Anda pasti tidak akan membiarkan anak anda bermain gajet terlalu lama selepas membaca artikel ini

Pernahkah anda perhatikan berapa lama anak anda menghabiskan masa bermain telefon pintar / tablet berbanding berlari atau menggunakan imaginasinya untuk bermain? Anda pasti melihat senario di kedai-kedai makan atau pasaraya pabila sang anak mengamuk maka disuapkan kepadanya bukan makanan jasmani tetapi imaginasi sintetik melalui gajet-gajet untuk mendiamkan anak mereka. Sangat biasa di kala ini bukan? Pernahkah anda bertanya anak anda, yang mana lebih seronok, bersiar-siar di taman atau bermain permainan komputer? Ya para ibubapa sekalian. Generasi Z selepas ini sedang menerima wabak penyakit baru berkaitan dengan teknologi. Apakah wabak itu? Kita bersama En. Jonathan Goh seorang ahli fisioterapi yang kini mengetuai unit fisioterapi di sebuah klinik swasta untuk menjelaskan apakah wabak yang sedang menimpa generasi Z pada masa kini. Suatu wabak sedang melanda negara kita. Suatu penyakit yang mula pada usia muda dan ia melibatkan perkembangan tulang belakang serta berpotensi untuk menga...

Kisah di Sebalik Keengganan Ibu ini Menvaksinkan Anaknya

“Doktor, kita ada satu kes bayi berumur setahun yang tidak divaksinkan sejak lahir kecuali ketika bayi itu baru dilahirkan.” Jururawat saya memaklumkan kepada saya selepas mengetuk pintu dan memberi salam. “Akhirnya…..” balas saya menyebabkan jururawat saya kebingungan kerana respon jawapan saya. Akhirnya, kes penolakan vaksin menjengah jendela kawasan Badang, sebuah kawasan antara termiskin di Kota Bharu dengan majoriti penduduk Melayunya adalah bekerja buruh atau nelayan kampung. Bagi penduduk di bandar, sudah kedengaran beberapa kes sebegini kebelakangan ini tetapi kebiasaannya datang daripada keluarga berpendidikan dan ibu bapa yang berjawatan. “Kes apa Kak Ta(Bukan nama sebenar)?” “Bayi ini baru keluar daripada hospital minggu lepas. Dia didiagnosis menghidap batuk kokol (Pertussis) oleh pakar kanak-kanak di HRPZ. Pihak hospital minta kita menjadualkan semula vaksinisasi bayi tersebut dan memeriksa keadaan bayi ini selepas didiscaj daripada hospital. Ini surat rujukan daripada pih...

10 Tips Bagaimana Ibubapa Boleh Mencegah Jangkitan HFMD Daripada Anak Anda

Semalam viral seorang kanak-kanak di Sarawak dilaporkan telah meninggal dunia akibat penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Hasil siasatan pihak KKM mendapati, kanak-kanak berusia 2 tahun itu meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru yang teruk (severe pneumonia) dan bukan berpunca akibat jangkitan HFMD walaupun pesakit mempunyai penyakit tersebut pada masa yang sama. Penyakit HFMD kebiasaannya akan sembuh dengan sendirinya. Namun sekiranya dibiarkan, kanak-kanak yang menderita akibat HFMD akan mengalami dehidrasi air dan komplikasi yang lain. Berikut adalah beberapa tips yang berguna terutama ibubapa untuk mencegah penyakit HFMD ini.  ===== 1) Basuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas menggunakan tandas, sebelum menyediakan makanan, selepas menukar lampin dan mencuci najis kanak-kanak. ===== Para ibubapa, pengusaha taska dan semua pihan secara umumnya disarankan mengamalkan tabiat membasuh tangan pada setiap masa terutama selepas menggunakan tandas, sebelum men...