Skip to main content

7 Tips Untuk Menjadi Tinggi Secara Natural



Terdapat lambakan produk supplemen untuk menambah ketinggian bagi orang dewasa di pasaran pada hari ini. Apa yang pasti, kebanyakkan produk tersebut hanya menawarkan testimoni dan dipromosikan oleh selebriti tanpa bukti jelas keberkesanan produk tersebut.

Namun ingin saya nyatakan di sini bahawa jika anda sudah mencapai usia dewasa, ketinggian TIDAK akan berlaku lagi. Apatah lagi pelbagai scammer mendakwa produk mereka boleh menambahkan ketinggian antara 2cm ke 15 cm.

Akan tetapi, sekiranya anda masih muda remaja atau mempunyai anak-anak yang sedang membesar, hah mari saya kongsikan beberapa tips untuk mempercepatkan proses menambah ketinggian anda atau anak anda.

=====
1. Ambil Diet Makanan Yang Seimbang
=====

Diet pemakananan yang seimbang akan membuat anda menjadi lebih tinggi dan berasa lebih baik. Apakah diet yang sesuai untuk tumbesaran tulang?

Banyakkan pengambilan protein tanpa lemak. Protein seperti beans, kacang soya, dan kekacang dapat membantu meningkatkan pertumbuhan otot dan tulang yang sihat. Elakkan pengambilan berlebihan ‘simple’ karbohidrat seperti pizza, kek, gula-gula, dan soda kerana diet ini akan merencatkan pertumbuhan tulang anda.

Makan banyak sumber kalsium yang terdapat dalam sayur-sayuran hijau seperti bayam dan kale, dan dalam makanan yang diperkaya. Kalsium amat pentinng untuk membantu mempromosikan tumbesaran tulang yang sihat.

Dapatkan diet zink yang mencukupi. Terdapat beberapa kajian walaupun masih tidak kukuh telah menunjukkan kemungkinan hubungan antara kekurangan zink dan masalah tumbesaran di kalangan kanak-kanak lelaki. Sumber zink yang baik termasuk gandum, labu dan squash seeds dan kacang dapat membantu meningkatkan proses pembesaran tulang.

Dapatkan vitamin D yang mencukupi. Vitamin D menggalakkan pertumbuhan otot dan tulang pada kanak-kanak. Kekurangan vitamin D boleh menyebabkan terbantutnya tumbesaran kanak-kanak dan menyebabkan peningkatan berat badan di kalangan remaja perempuan. Vitamin D dapat ditemui dalam alfalfa dan cendawan, serta makanan diperkaya dengan Vitamin D seperti susu dan bijirin. Walau bagaimanapun, sebahagian besar sumber Vitamin D kita boleh didapati daripada pendedahan cahaya matahari yang mencukupi. Hanya 15 minit sehari di bawah matahari (secara purata) dapat memastikan kita mendapat bekalan Vitamin D yang diperlukan.

=====
2. Banyakkan Bersenam semasa Remaja dan Fasa Tumbesaran
=====

Kerap bersenam dapat membantu anda atau anak anda menambah ketinggian mereka dengan cepat semasa usia remaja. Keluar dan lakukan senaman dan serta pergerakkan otot sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari.

Sertai gym daripada sekarang. Menyertai gym akan membantu anda memberi banyak latihan kepada otot dan membuat anda bermotivasi untuk bersenam (anda akan berasa seperti orang yang bodoh jika anda berada di gym tetapi tidak bersenam).

Bersukan. Orang yang bersukan akan menggunakan daya saing semulajadi mereka untuk membakar kalori tambahan dan ini amat baik untuk mendapatkan tubuh yang lebih tinggi.

Jika tidak ada apa-apa yang mahu anda lakukan, maka anda boleh bangun dan mula berjalan kaki. Berjalan ke kedai runcit. Berjalan ke perpustakaan. Berjalan kaki ke sekolah. Berjalanlah ke mana-mana yang penting anda membakar kalori dan menggerakkan otot anda.

=====
3. Dapatkan Tidur Yang Mencukupi
=====

Tidur adalah masa yang amat penting untuk tumbesaran semasa kanak-kanak sehingga remaja. Tidur yang mencukupi dapat memberi badan kita lebih banyak masa untuk proses pertumbuhan. Dapatkan antara 9 hingga 11 jam tidur setiap malam semasa usia remaja. Hormon pertumbuhan manusia dihasilkan secara semula jadi di dalam badan kita terutamanya semasa fasa tidur deep sleep. Tidur yang baik dan sihat akan menggalakkan pengeluaran hormon tumbesaran, yang dicipta di dalam kelenjar pituitari dan merangsang proses pembesaran tulang dan otot secara semulajadi.

=====
4. Cari Pasangan Yang Tinggi
=====

Para saintis menganggap bahawa 60% hingga 80% ketinggian anda ditentukan oleh genetik manusia. Oleh itu, sekiranya ibubapa anda mempunyai ketinggian yang baik, maka ianya boleh mempercepatkan proses menambah ketinggian dari awal zaman kanak-kanak. Jadi, jika anda mahu anak-anak yang tinggi, maka carilah pasangan yang mempunyai keluarga dengan genetik ketinggian tubuh badan.

=====
5. Elakkan Minuman Berkafein
=====

Kajian menunjukkan kafein tidak merencatkan tumbesaran kanak-kanak secara langsung. Akan tetapi pengambilan kafein boleh mengganggu tidur yang lena dan seterusnya merencatkan pengeluaran hormon tumbesaran sekaligus secara tidak langsung membantut proses menambah ketinggian anda atau anak anda.

=====
6. Jauhi Merokok / Asap Rokok
=====

Pada hakikatnya, merokok dan kesan asap rokok kepada tumbesaran kanak-kanak dan remaja masih tidak dapat diputuskan. Kajian oleh Columbia University’s Internet Health Resource mendapati bahawa walaupun kaitan antara asap rokok dan terbantutnya tumbesaran adalah tidak kuat namun kanak-kanak yang kerap menghidu asap rokok basi adalah lebih pendek berbanding kanak-kanak yang tidak menghidu asap rokok basi.

Rokok juga mengandungi pelbagai bahan kimia yang boleh mengganggu kestabilan hormon tumbesaran dan memberi kesan jangka panjang dari sudut masalah kesihatan yang secara tidak langsung akan membantutkan tumbesaran seorang remaja atau kanak-kanak.

=====
7. Elakkan Pengambilan Steroids Tanpa Pemantauan Doktor
=====

Pengambilan Steroids tanpa nasihat dan pemantauan doktor akan menghalang perkembangan tulang pada kanak-kanak dan remaja selain mengurangkan jumlah sperma, mengecilkan saiz payudara, meningkatkan tekanan darah dan meletakkan mereka risiko serangan jantung kepada mereka.

Oleh itu, sekirannya seorang remaja atau kanak-kanak terpaksa mengambil steroid seperti kes serangan Asthma atau lelah atau masalah kesihatan yang lain, pastikan pemberian steroid dibuat oleh doktor mengikut dos dan garis panduan yang dibenarkan sahaja. Elakkan membeli steroid yang dijual tanpa preskripsi atau pemantauan doktor.

Baiklah, itu sahaja tips perkongsian saya pada hari ini. Masih ada banyak lagi tips untuk membantu tumbesaran kanak-kanak di luar sana. Sekiranya anda ada cadangan mahupun terdapat kesalahan fakta, sila tinggalkannya di ruangan komen di bawah.

Popular posts from this blog

Anda pasti tidak akan membiarkan anak anda bermain gajet terlalu lama selepas membaca artikel ini

Pernahkah anda perhatikan berapa lama anak anda menghabiskan masa bermain telefon pintar / tablet berbanding berlari atau menggunakan imaginasinya untuk bermain? Anda pasti melihat senario di kedai-kedai makan atau pasaraya pabila sang anak mengamuk maka disuapkan kepadanya bukan makanan jasmani tetapi imaginasi sintetik melalui gajet-gajet untuk mendiamkan anak mereka. Sangat biasa di kala ini bukan? Pernahkah anda bertanya anak anda, yang mana lebih seronok, bersiar-siar di taman atau bermain permainan komputer? Ya para ibubapa sekalian. Generasi Z selepas ini sedang menerima wabak penyakit baru berkaitan dengan teknologi. Apakah wabak itu? Kita bersama En. Jonathan Goh seorang ahli fisioterapi yang kini mengetuai unit fisioterapi di sebuah klinik swasta untuk menjelaskan apakah wabak yang sedang menimpa generasi Z pada masa kini. Suatu wabak sedang melanda negara kita. Suatu penyakit yang mula pada usia muda dan ia melibatkan perkembangan tulang belakang serta berpotensi untuk menga...

Kisah di Sebalik Keengganan Ibu ini Menvaksinkan Anaknya

“Doktor, kita ada satu kes bayi berumur setahun yang tidak divaksinkan sejak lahir kecuali ketika bayi itu baru dilahirkan.” Jururawat saya memaklumkan kepada saya selepas mengetuk pintu dan memberi salam. “Akhirnya…..” balas saya menyebabkan jururawat saya kebingungan kerana respon jawapan saya. Akhirnya, kes penolakan vaksin menjengah jendela kawasan Badang, sebuah kawasan antara termiskin di Kota Bharu dengan majoriti penduduk Melayunya adalah bekerja buruh atau nelayan kampung. Bagi penduduk di bandar, sudah kedengaran beberapa kes sebegini kebelakangan ini tetapi kebiasaannya datang daripada keluarga berpendidikan dan ibu bapa yang berjawatan. “Kes apa Kak Ta(Bukan nama sebenar)?” “Bayi ini baru keluar daripada hospital minggu lepas. Dia didiagnosis menghidap batuk kokol (Pertussis) oleh pakar kanak-kanak di HRPZ. Pihak hospital minta kita menjadualkan semula vaksinisasi bayi tersebut dan memeriksa keadaan bayi ini selepas didiscaj daripada hospital. Ini surat rujukan daripada pih...

10 Tips Bagaimana Ibubapa Boleh Mencegah Jangkitan HFMD Daripada Anak Anda

Semalam viral seorang kanak-kanak di Sarawak dilaporkan telah meninggal dunia akibat penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Hasil siasatan pihak KKM mendapati, kanak-kanak berusia 2 tahun itu meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru yang teruk (severe pneumonia) dan bukan berpunca akibat jangkitan HFMD walaupun pesakit mempunyai penyakit tersebut pada masa yang sama. Penyakit HFMD kebiasaannya akan sembuh dengan sendirinya. Namun sekiranya dibiarkan, kanak-kanak yang menderita akibat HFMD akan mengalami dehidrasi air dan komplikasi yang lain. Berikut adalah beberapa tips yang berguna terutama ibubapa untuk mencegah penyakit HFMD ini.  ===== 1) Basuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas menggunakan tandas, sebelum menyediakan makanan, selepas menukar lampin dan mencuci najis kanak-kanak. ===== Para ibubapa, pengusaha taska dan semua pihan secara umumnya disarankan mengamalkan tabiat membasuh tangan pada setiap masa terutama selepas menggunakan tandas, sebelum men...