Skip to main content

Anda pasti tidak akan membiarkan anak anda bermain gajet terlalu lama selepas membaca artikel ini


Pernahkah anda perhatikan berapa lama anak anda menghabiskan masa bermain telefon pintar / tablet berbanding berlari atau menggunakan imaginasinya untuk bermain?

Anda pasti melihat senario di kedai-kedai makan atau pasaraya pabila sang anak mengamuk maka disuapkan kepadanya bukan makanan jasmani tetapi imaginasi sintetik melalui gajet-gajet untuk mendiamkan anak mereka. Sangat biasa di kala ini bukan?

Pernahkah anda bertanya anak anda, yang mana lebih seronok, bersiar-siar di taman atau bermain permainan komputer?

Ya para ibubapa sekalian. Generasi Z selepas ini sedang menerima wabak penyakit baru berkaitan dengan teknologi.

Apakah wabak itu?

Kita bersama En. Jonathan Goh seorang ahli fisioterapi yang kini mengetuai unit fisioterapi di sebuah klinik swasta untuk menjelaskan apakah wabak yang sedang menimpa generasi Z pada masa kini.

Suatu wabak sedang melanda negara kita. Suatu penyakit yang mula pada usia muda dan ia melibatkan perkembangan tulang belakang serta berpotensi untuk mengakibatkan masalah yang kekal ketika usia dewasa. Dan apa yang saya maksudkan bukanlah polio mahupun SARS. Saya sedang memperkatakan tentang perihal penyakit yang ramai ibu bapa pada zaman moden ini terlepas pandang namun boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius kepada anak-anak kita.

Berlalu sudah hari-hari bila mana kita membenarkan anak-anak kita berguling-guling di taman, menangkap belalang atau berlari berkeliaran di keliling kawasan kejiranan. Pernahkah anda melihat kanak-kanak bermain di sekitar kawasan kejiranan anda baru-baru ini?

Bilakah kali terakhir anda melihat anak-anak anda main aci sorok di ruang tamu?

Jika anda sedang membaca artikel ini, tak kira di rumah atau di kedai kopi, cuba perhatikan scenario di sekeliling anda. Jangan terkejut jika anda melihat betapa ramai kanak-kanak yang terbongkok-bongkok menghadap telefon semasa makan atau berlingkar di atas sofa dengan tablet atau menguit-nguit komputer riba di katil, khayal dalam dunia mereka sendiri.

Apa yang kita lihat sekarang bukan sekadar sakit belakang selepas bekerja, namun masalah yang lebih serius seperti kehilangan lengkungan tulang belakang yang akan lebih sukar diperbetulkan jika dibiar terlalu lama.

Kajian telah dijalankan di Poland untuk membandingkan postur kanak-kanak dari persekitaran bandar dengan teman sebaya di kampung dan didapati kanak-kanak di kawasan bandar menderita postur tubuh tak simetri (tak seimbang) khususnya pada bahagian batang tubuh dan pinggul yang biasanya dikaitkan dengan permulaan skoliosis peringkat awal. Telah dirumuskan posisi statik yang berpanjangan menyumbang kepada bentuk badan asimetri sementara kanak-kanak kampung tidak menghadapi masalah ini kerana mereka melakukan lebih banyak pergerakan, melalui aktiviti dan gaya hidup mereka di luar bandar.

Susan Pitman, Pegawai Kaji Selidik Kanan daripada Pertubuhan Sokongan Kanak-kanak Australia (Australian Child Support Organization) pernah menulis dengan panjang lebar tentang impak teknologi media ke atas perkembangan dan kesejahteraan kanak-kanak. Rumusannya menyatakan bahawa kanak-kanak yang menghabiskan terlalu banyak masa bersama teknologi media sekaligus menjadi tidak aktif boleh memberi impak negatif kepada perkembangan bahasa kanak-kanak, tabiat makan, penyalah gunaan bahan (dadah) dan tentunya perkembangan dan kesihatan fizikal.

Dalam satu laporan The Star Online dan BBC News, telah dilaporkan bahawa ramai anak-anak Asia menyangka dengan memperoleh keputusan peperiksaan yang baik itu bermakna mereka boleh mencapai kehidupan yang berjaya pada masa hadapan. Mungkin ada kebenaran dalam sangkaan itu tetapi ini bermakna mereka akan mengabaikan pendidikan jasmani dan perkembangan dalam kehidupan seorang kanak-kanak.

Di Malaysia, pelajar menengah rendah dan menengah atas menghabiskan purata 30 jam seminggu di sekolah dan hanya satu sesi Pendidikan Jasmani diadakan dalam minggu tersebut. Selepas sekolah, kebanyakan mereka akan mengikuti pelbagai kelas tuisyen yang berlarutan hingga ke malam dan pada masa lapang pula, mereka akan menghadap televisyen atau komputer untuk melepaskan stres/tekanan. Ini bermakna, [typography font=”Cambo” size=”24″ size_format=”px”]kebanyakan masa seorang pelajar biasa di Malaysia dihabiskan dengan duduk. Dan ini tidak termasuk lagi tentang kebanyakan orang dewasa di Malaysia rata-ratanya mengamalkan gaya hidup yang tidak cergas. Tidak hairanlah kes sakit pinggang dan sakit kepala semakin meningkat naik![/typography]

John F. Kennedy pernah berkata,

Ini sangat benar dalam kehidupan masyarakat yang moden dan berdaya saing pada masa kini, yang menuntut kekuatan akal lebih daripada kegagahan jasmani. Dan kita pula menghadapi masalah generasi kanak-kanak baharu yang menderita kekurangan fizikal.

Jadi, bangunlah! Tinggalkan tablet dan telefon pintar dan keluarlah, berlari atau berjalan di taman berhampiran bersama rakan atau keluarga. Nikmati masa muda anda dan keindahan alam yang terbentang, secara langsung dan bukan sekadar menontonnya pada skrin/layar semata-mata.

Popular posts from this blog

Kisah di Sebalik Keengganan Ibu ini Menvaksinkan Anaknya

“Doktor, kita ada satu kes bayi berumur setahun yang tidak divaksinkan sejak lahir kecuali ketika bayi itu baru dilahirkan.” Jururawat saya memaklumkan kepada saya selepas mengetuk pintu dan memberi salam. “Akhirnya…..” balas saya menyebabkan jururawat saya kebingungan kerana respon jawapan saya. Akhirnya, kes penolakan vaksin menjengah jendela kawasan Badang, sebuah kawasan antara termiskin di Kota Bharu dengan majoriti penduduk Melayunya adalah bekerja buruh atau nelayan kampung. Bagi penduduk di bandar, sudah kedengaran beberapa kes sebegini kebelakangan ini tetapi kebiasaannya datang daripada keluarga berpendidikan dan ibu bapa yang berjawatan. “Kes apa Kak Ta(Bukan nama sebenar)?” “Bayi ini baru keluar daripada hospital minggu lepas. Dia didiagnosis menghidap batuk kokol (Pertussis) oleh pakar kanak-kanak di HRPZ. Pihak hospital minta kita menjadualkan semula vaksinisasi bayi tersebut dan memeriksa keadaan bayi ini selepas didiscaj daripada hospital. Ini surat rujukan daripada pih...

10 Tips Bagaimana Ibubapa Boleh Mencegah Jangkitan HFMD Daripada Anak Anda

Semalam viral seorang kanak-kanak di Sarawak dilaporkan telah meninggal dunia akibat penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Hasil siasatan pihak KKM mendapati, kanak-kanak berusia 2 tahun itu meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru yang teruk (severe pneumonia) dan bukan berpunca akibat jangkitan HFMD walaupun pesakit mempunyai penyakit tersebut pada masa yang sama. Penyakit HFMD kebiasaannya akan sembuh dengan sendirinya. Namun sekiranya dibiarkan, kanak-kanak yang menderita akibat HFMD akan mengalami dehidrasi air dan komplikasi yang lain. Berikut adalah beberapa tips yang berguna terutama ibubapa untuk mencegah penyakit HFMD ini.  ===== 1) Basuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas menggunakan tandas, sebelum menyediakan makanan, selepas menukar lampin dan mencuci najis kanak-kanak. ===== Para ibubapa, pengusaha taska dan semua pihan secara umumnya disarankan mengamalkan tabiat membasuh tangan pada setiap masa terutama selepas menggunakan tandas, sebelum men...