Skip to main content

Jangan Biarkan Anak Anda Demam Panas! Jika tidak, Anda Mengundang Padah!


Tidak dinafikan, melihat anak terkena sawan demam adalah diantara pengalaman hidup yang memeranjatkan bagi kebanyakan ibu bapa. Mata terbeliak dan mulut kelihatan biru, kaki mengeras dan menjadi kejang. Ini adalah diantara tanda-tanda yang mungkin dapat dilihat ketika anak terkena sawan demam.

Apakah  sawan demam?

Sawan demam sebenarnya bukanlah suatu penyakit yang khusus. Ia adalah satu keadaan apabila seseorang kanak-kanak mengalami sawan kerana kenaikkan suhu badan atau demam yang bukandisebabkan oleh penyakit/jangkitan di dalam otak atauketidakseimbangan metabolik. Jadi, sawan demam tidak sama dengan penyakit sawan atau epilepsy. Istilah “demam sawan” juga digunakan oleh sebahagian doktor.

Siapa yang boleh mengalaiminya?

Kanak-kanak berusia 3 bulan sehingga 6 tahun secara teorinya boleh mengalami sawan demam. Tetapi lazimnya sawan demam lebih kerap berlaku kepada kanak-kanak yang berumur 6 bulan sehingga 5 tahun.

Apakah yang patut dilakukan apabila melihat anak sawan?

Jangan panik !!

Sukar untuk dilakukan! Ini kerana melihat seseorang sawan memang boleh menjadikan kita bingung seketika. Namun cubalah sedaya upaya untuk tidak panik agar kita dapat bertindak dengan sewajarnya, Tempatkan anak–anak di kawasan yang selamat

Pastikan anak anda ditempatkan di kawasan yang selamat

Sebagai contoh, jauhkan dia daripada objek–objek yang mungkin boleh ditendang dengan tidak sengaja dan jatuh pula ke atas dirinya
Letakkan anak anda dalam posisi mengiring disebelah kiri

Tujuannya adalah untuk mengelakkan anak anak daripada tercekik sekiranya terdapat sesuatu di dalam mulutnya dan juga mengelakkan objek tersebut termasuk ke dalam rongga paru paru

Objek di dalam mulut lebih mudah termasuk kedalam rongga paru paru kanan daripada paru paru kiri jadi tidak disyorkan meletak anak anda mengiring di sisi kanan

Sekiranya anda dapat melihat sesuatu di dalam mulutnya dengan jelas, bolehlah cuba untuk mengeluarkannya dengan satu pergerakkan jari yang cepat ke dalam mulutnya, jika tidak berjaya, jangan cuba untuk menjolok jari anda atau meletakkan sebarang objek lain kedalam mulut anak yang sedang sawan

Jangan memaksa anak yang sedang sawan untuk minum air

Perhatikan “pattern” sawan dan tempohnya

Lazimnya sawan yang berlaku semasa sawan demam akan berhenti dalam beberapa minit
Setelah sawan itu berhenti bawalah anak anda ke klinik yang terhampir untuk penilaian
Sekiranya 5 minit telah berlalu dan sawan masih berterusan, teruslah membawa anak anda untuk berjumpa dengan doktor
Memerhatikan sawan anak serta tempohnya dapat membantu doktor yang merawat dalam mendapatkan diagnosis yang tepat
Walaupun sawan demam tidak merbahaya, doktor perlu memastikan sawan tersebut bukanlah disebabkan masalah lain yang lebih serius seperti radang selaput otak, gula terlalu rendah di dalam badan atau masalah ketidakseimbangan metabolik yang lain
Bolehkah sawan demam berulang dan adakah ia akan melarat menjadi penyakit epilepsy?

Ya, sawan demam boleh berulang lagi. Antara faktor risiko termasuklah sejarah sawan demam dalam ahli keluarga yang lain dan umur kurang daripada 1 tahun sewaktu sawan demam yang pertama. Hampir separuh daripada kes sawan demam berulang akan berlaku dalam tempoh 6 bulan pertama selepas kejadian yang awal.

Sawan demam tidak menyebabkan epilepsy. Namun, data menunjukkan yang 2% hingga 7% daripada kanak–kanak ini kemudiannya disahkan mengalami epilepsy.

Dalam kes tersebut, kebanyakkannya telah pun mempunyai masalah lain seperti perkembangan yang lambat, masalah sistem saraf otak atau ahli keluarga yang menghidap epilepsy.

Bolehkah sawan demam dielakkan?

Tiada data yang menunjukkan penggunaan ubat demam atau ubat sawan boleh mengelakkan kejadian sawan demam. Namun ubat demam itu boleh membuat anak yang mengalami demam yang tinggi untuk merasa lebih selesa.

Apa yang penting untuk diketahui oleh ibu bapa adalah sawan demam itu suatu keadaan yang tidak serius dan mempunyai prognosis yang sangat baik terutama kepada kanak – kanak yang tidak mempunyai sebarang masalah perkembangan yang lewat atau penyakit sistem saraf otak.

Popular posts from this blog

Anda pasti tidak akan membiarkan anak anda bermain gajet terlalu lama selepas membaca artikel ini

Pernahkah anda perhatikan berapa lama anak anda menghabiskan masa bermain telefon pintar / tablet berbanding berlari atau menggunakan imaginasinya untuk bermain? Anda pasti melihat senario di kedai-kedai makan atau pasaraya pabila sang anak mengamuk maka disuapkan kepadanya bukan makanan jasmani tetapi imaginasi sintetik melalui gajet-gajet untuk mendiamkan anak mereka. Sangat biasa di kala ini bukan? Pernahkah anda bertanya anak anda, yang mana lebih seronok, bersiar-siar di taman atau bermain permainan komputer? Ya para ibubapa sekalian. Generasi Z selepas ini sedang menerima wabak penyakit baru berkaitan dengan teknologi. Apakah wabak itu? Kita bersama En. Jonathan Goh seorang ahli fisioterapi yang kini mengetuai unit fisioterapi di sebuah klinik swasta untuk menjelaskan apakah wabak yang sedang menimpa generasi Z pada masa kini. Suatu wabak sedang melanda negara kita. Suatu penyakit yang mula pada usia muda dan ia melibatkan perkembangan tulang belakang serta berpotensi untuk menga...

Kisah di Sebalik Keengganan Ibu ini Menvaksinkan Anaknya

“Doktor, kita ada satu kes bayi berumur setahun yang tidak divaksinkan sejak lahir kecuali ketika bayi itu baru dilahirkan.” Jururawat saya memaklumkan kepada saya selepas mengetuk pintu dan memberi salam. “Akhirnya…..” balas saya menyebabkan jururawat saya kebingungan kerana respon jawapan saya. Akhirnya, kes penolakan vaksin menjengah jendela kawasan Badang, sebuah kawasan antara termiskin di Kota Bharu dengan majoriti penduduk Melayunya adalah bekerja buruh atau nelayan kampung. Bagi penduduk di bandar, sudah kedengaran beberapa kes sebegini kebelakangan ini tetapi kebiasaannya datang daripada keluarga berpendidikan dan ibu bapa yang berjawatan. “Kes apa Kak Ta(Bukan nama sebenar)?” “Bayi ini baru keluar daripada hospital minggu lepas. Dia didiagnosis menghidap batuk kokol (Pertussis) oleh pakar kanak-kanak di HRPZ. Pihak hospital minta kita menjadualkan semula vaksinisasi bayi tersebut dan memeriksa keadaan bayi ini selepas didiscaj daripada hospital. Ini surat rujukan daripada pih...

10 Tips Bagaimana Ibubapa Boleh Mencegah Jangkitan HFMD Daripada Anak Anda

Semalam viral seorang kanak-kanak di Sarawak dilaporkan telah meninggal dunia akibat penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD). Hasil siasatan pihak KKM mendapati, kanak-kanak berusia 2 tahun itu meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada paru-paru yang teruk (severe pneumonia) dan bukan berpunca akibat jangkitan HFMD walaupun pesakit mempunyai penyakit tersebut pada masa yang sama. Penyakit HFMD kebiasaannya akan sembuh dengan sendirinya. Namun sekiranya dibiarkan, kanak-kanak yang menderita akibat HFMD akan mengalami dehidrasi air dan komplikasi yang lain. Berikut adalah beberapa tips yang berguna terutama ibubapa untuk mencegah penyakit HFMD ini.  ===== 1) Basuh tangan dengan sabun dan air bersih selepas menggunakan tandas, sebelum menyediakan makanan, selepas menukar lampin dan mencuci najis kanak-kanak. ===== Para ibubapa, pengusaha taska dan semua pihan secara umumnya disarankan mengamalkan tabiat membasuh tangan pada setiap masa terutama selepas menggunakan tandas, sebelum men...